Saturday, October 9, 2010

Episode:14(season 2)

Membaca dapat tambah ilmu pengetahuan umat Islam.

Jika kita selalu membaca buku dan bahan-bahan bacaan yg bgus...secara tidak sengaja ia akan masuk ke percakapan kita.Anda percaya tak?

Kenal Tun Dr M??(ex perdana menteri kita??anda tahu tak??di mana sahaja, Tun Dr M gemar membaca....dan sekiranya anda perhatikan sewaktu beliau menyampaikan ucapan kebanyakan apa yg beliau sampaikan adalah fakta...

Hal ini berikutan beliau gemar dan banyak membaca...Jujur saya katakan kini kaum muslim di negara kita khususnya...kurang membaca..

Ini lah konsep yang saya mahu keluarkan dari blog kecil ini..Cinta ku Cinta mu...memang sekiranya..anda yang membacanya..akan terlintas...mungkin blog ini lebih kepada jiwang dan cintan cintun..

namun sebenanya kawan-kawan..konsep yg saya mahu bawakan pada blog ini adalah maksud cinta secara luas...bukan nya hanya pada cinta sesama manusia..tetapi adalah cinta pada agama..cinta pada negara...dan juga cinta pada ilmu...
untuk pengisian episode kali ini..saya bawakan perkongsian berkaitan pentingnya budaya membaca dalam umat manusia tika ini khususnya kaum muslimin...

ketika saya menulis episode kali ni..saya sedang menemani FATIN NADIAH di perpustakaan UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...sebelum saya masuk ke perpustakaan..saya perhatikan sekeliling....ramai yg menghantar buku...meminjam buku...dari perpustakaan adalah kaum bukan muslim....
hati saya mula terfikir dan resah...mana orang-orang muslim yg lain...????adakah sudah hilang nilai atau perasaan CINTA kaum muslim terhadap ilmu??saya risau...

sambil melihat FATIN NADIAH menelaah buku..saya juga mengambil buku untuk di baca...
saya gemar membaca...kerana pada waktu tertentu....saya akan meluangkan sedikit masa akan duduk di tepi tasik utm...untuk berkongsi apa yg saya baca dengan FATIN NADIAH.....

berkongsi dan bertukar-tukar pendapat sangat bagus...lagi-lagi dalam percintaan sesama manusia...perkara ini mungkin dapat mengelakkan hubungan menjadi pudar ataupun bosan...


ijat joe,
penulis dan juga jurutera elektrik (Johor Port)






 

Friday, October 8, 2010

Episode:13(season 2)

FATIN NADIAH menghantar artikel ini di facebook saya...saya membacanya dengan tekun dan teliti...ya Allah...terima kasih kerana memberi petunjuk...
kawan2...aku tidak banyak ilmu...tetapi untuk episode kali ini..mungkin ini saya dapat berkongsi sesuatu dengan teman-teman blog sekalian.


Kepade mreke2 yg nk menghantar dan menerime hantaran...pk2n



“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil...



“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.



Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.



“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.



“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.



“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.



“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..



“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.



“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.



“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.



“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.



“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.



“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.



“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.



“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.



Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.



Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.



“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.



Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.



“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.



“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.



“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.



Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.



“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.



“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad



Surah Ar Ra'd



“ Apa benda nih ” detik hati Nabil.



“ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil.



Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.



“ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.



Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.



“ Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ ad.





“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa ’ ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.



Hari semakin cepat berlalu..



Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.



Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil. read dis.. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.



Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.



Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'



Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'



Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'



When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.



Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi



Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'



Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'



Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because



Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ........kerana



Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:



'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.



'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

Episode:12(season 2)


Limit kita sebagai manusia

Baru-baru ini saya terfikir tentang sejauh mana kekuatan, kehebatan kita sebagai manusia.Anda pernah terfikir,berapa hebatkah anda?Adakah anda tahu sejauh mana limit anda?
Saya terbaca buku yang berkisarkan tentang Islam.Tetapi buku tersebut pengisiannya memang membuatkan saya terfikir tentang perkara yang saya nyatakan di atas iaitu limit manusia.
Mari saya ceritakan sedikit tentang seorang mujahid yang bernama Abdullah Azam. Pada suatu hari Abdullah Azam mengeluarkan arahan pada pengikut-pengikutnya,”kamu semua mesti berlari sehabis tenaga kamu.”
Maka Abdullah Azam dan pengikut-pengikutnya pun berlari dengan bersungguh-sungguh sehingga ada yang berhenti akibat keletihan.Tetapi Abdullah Azam terus berlari tanpa henti sehingga beliau terjatuh akibat pengsan kepenatan.
Setelah dibawa berehat, Abdullah Azam tersedar, pengikut-pengikutnya kehairanan dengan apa yang dilakukan oleh Abdullah Azam dan bertanya,”apa yang sedang tuan lakukan sehingga jatuh pengsan?”
Abdullah Azam menjawab,”bukankah aku menyuruh kamu berlari sehabis tenaga kamu”.
Saya benar-benar tertarik dengan apa yang dilakukan oleh Abdullah Azam.Persoalannya di sini, adakah kita tahu sejauh mana hebatnya kita?Kekuatan kita?Limit kita?
Apa yang saya cuba sampai ialah, berusahalah semampu mana anda boleh.Usahalah bersungguh-sungguh.Jangan pernah kenal putus asa.

Sunday, October 3, 2010

Episode 11 (season 2)

Tidak lama lagi aku akan mula kembali kemas kini blog ini...setelah lama aku tidak kemas kini kan..

Perkara2 yang akan di naik tarafkan tentang blog ini..
1.dari segi pengisian..ia akan mula dan mengambil sikit bahan dari novel yang akan saya lancar kan nanti, "CINTA BUAT FATIN"
2.Paling kurang..dalam masa seminggu..saya akan menghantar tiga bahan dalam blog ini...secara kosisten dan bersistem
3.malah selain mengenai cinta...saya akan menceritakan tentang kerja saya...bukan sahaja pada anda semua..tapi untuk cahaya cinta saya FATIN NADIAH..saya mahu dia sentiasa tahu mengenai perkembangan saya...apa yang saya lakukan..
4.saya juga akan selitkan juga cerita kawan2 saya...
5.dari segi pnjang pendek artikel yang akan saya hantar tidak akan terlalu pnjang yang kdang kala menjadikan pembaca bosan..
6.beri kn saya sedikit lagi masa untuk meronbok semula blog kesayangan saya ini..moga2 dapat menghiburkan anda semua...dan terus membaca blog saya ini...kerana kadang kala....dan satu ketika nanti...anda akan bosan...jadi..renung2lah blog kecil ini...

TERIMA KASIH KEPADA semua

Penulis & Electrical engineer
-ijat joe-

Monday, September 6, 2010

episode: 10(season 2)

hi..maaf smua.sudah lma tak update blog ni...keje...sibuk skit...dlm episode kali ini...saya akan menceritakan tentang apa yang kami buat..setelah sekian lama menyepi dalam blog ni..hihihi..pertama sekali mengenai "kitab saya kenal sayang saya"...
hehhehe..
kitab ini adalah hasil lukisan saya yang saya buat untuk si FATIN NADIAH ni...dlm belasan muke surat ni..saya lukis menceritakan betapa saya kenal sayang saya ni....kitab????kenapa kitab...sebenarnye....kitab=buku=majalah....hehehe

guna word kitab tu sebab macam garang sikit....dalam kitab tu menceritakan sifat FATIN NADIAH di mata saya..apa yang saya perhatikannye...

sikap die yang macam2..semuanya comel di mata saya...kelakar...
cuma..niat saya melukis kitab ini agar kitab ini nanti akan menjadi kenangan satu ari nanti....

lagi penting moga2 dapat jadi tatapan generasi akan datang....ceh2....hehehe..btul apa...hahhaa...(tunduk smbil tersipu-sipu)

sekang ini kan bulan mulia..lagi-lagi ini tahun pertama aku berpuasa dengan FATIN NADIAH...mula-mula..dia belanja aku berbuka puasa...seronok berbuka puasa bersama die...hehhe..



tengok lah tu...aku makan banyak wei..hahhaa..gemok lah..hihiih.....masa ni...pegi kat jusco taman U je...die bile sabun kat cosway....aku plak beli selipar baru..hahhaha..selepas crocs kesayangan aku di curi....mahal wei.sedey2..hahhaha....



yang ni pulak pic masa kitorg sahur di utm...kolej 12,13..hahhaha..jao tu jalan...

seronok rupe nye berpuasa disamping FATIN NADIAH ni....tambah seronok bila aku berbuka di rumah die..oh no....malu...hehhehee

yang aten pakai baju ungu tu..kami berbuka di restoran ayam penyek..memang best..tapi aku tak sehat masa tu..huhuhuuh..aten ni lah yang jaga aku..pecah kan ubat..nagde2...kan..hahahaha


yang ni plak sahur di MCD...hehhe..mamam je keje kitorg..hahhaha....

Friday, August 6, 2010

episode: 9 (season 2)

dlm episo lps sy xsmpt habiskn cerita...kerana waktu itu saya dan FATIN NADIAH sedang sibuk mencipta logo...malam itu kami dengan 3lagi rakan kami...lepak kat CICT UTM..masing-masing sedang online...tapi saya????saya sedang memerhatikan gelagat FATIN NADIAH saya ni...

die sangat comel..bila lama-lama aku perhatikan gelagat FATIN NADIAH ni..die sebenarnya sangat cantik di hati dan mata aku....selalu die membangkang bila aku katakan pada nya die cantik...malah die selalu mengatakan die selekeh..hehehhe

"messy is beauty"....die begitu pandai mengayakan pemakaiannya..agar die kelihatan kemas...dan bergaya..maklumlah..bidang die adalah berkaitan dengan sumber manusia...jadi penampilan diri nya begitu penting..

baru-baru ini..kanta lekapnya..koyak..jadi die perlu memakai cermin mata...hehehe...cantik...bagi aku..apa sahaja yang dipakainya..memang aku berkenan..


ni lah antara gambar-gambar kami ke DESARU pada kali kedua...untuk kali pertama saya akan lampirkan selepas ini...

bagi saya kali kedua lebih seronok kerana kawan-kawan kami ada sekali..tu yang best...
di kota tinggi..otw ke air terjun...sebelum ke desaru..

Wednesday, August 4, 2010

EPISOD 8 SEASON 2......

Untuk episode kali ini..saya akan ceritakan mengenai...tentang perjalanan kami ke DESARU...hehehe...
kami pergi ke DESARU 2kali...untuk kali pertamanya..hanya saya dan FATIN NADIAH sahaja yg pergi...tujuannya..saya bawa FATIN NADIAH untuk ke air terjun kota dan desaru semata-mata untuk bersiar-siar..untuk melihat matahari terbenam....sahaja..