Friday, October 8, 2010

Episode:12(season 2)


Limit kita sebagai manusia

Baru-baru ini saya terfikir tentang sejauh mana kekuatan, kehebatan kita sebagai manusia.Anda pernah terfikir,berapa hebatkah anda?Adakah anda tahu sejauh mana limit anda?
Saya terbaca buku yang berkisarkan tentang Islam.Tetapi buku tersebut pengisiannya memang membuatkan saya terfikir tentang perkara yang saya nyatakan di atas iaitu limit manusia.
Mari saya ceritakan sedikit tentang seorang mujahid yang bernama Abdullah Azam. Pada suatu hari Abdullah Azam mengeluarkan arahan pada pengikut-pengikutnya,”kamu semua mesti berlari sehabis tenaga kamu.”
Maka Abdullah Azam dan pengikut-pengikutnya pun berlari dengan bersungguh-sungguh sehingga ada yang berhenti akibat keletihan.Tetapi Abdullah Azam terus berlari tanpa henti sehingga beliau terjatuh akibat pengsan kepenatan.
Setelah dibawa berehat, Abdullah Azam tersedar, pengikut-pengikutnya kehairanan dengan apa yang dilakukan oleh Abdullah Azam dan bertanya,”apa yang sedang tuan lakukan sehingga jatuh pengsan?”
Abdullah Azam menjawab,”bukankah aku menyuruh kamu berlari sehabis tenaga kamu”.
Saya benar-benar tertarik dengan apa yang dilakukan oleh Abdullah Azam.Persoalannya di sini, adakah kita tahu sejauh mana hebatnya kita?Kekuatan kita?Limit kita?
Apa yang saya cuba sampai ialah, berusahalah semampu mana anda boleh.Usahalah bersungguh-sungguh.Jangan pernah kenal putus asa.

No comments:

Post a Comment