Tuesday, October 26, 2010

Episode: 3(season 3)

Untuk episode kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai perbincangan dalam sesuatu perhubungan.

Pernahkah anda bergaduh dengan pasangan anda?pernah merajuk?apa yang anda lakukan selepas anda selisih faham dengan pasangan anda?

Ya betul.PERBINCANGAN. Anda dan pasangan perlu berbincang.Kadang kala, apa yang saya perhatikan, ada pasangan yang kurang berbincang dengan pasangan masing-masing lagi2 mengenai permasalahan yang sedang mereka alami.

Apa punca kita sukar berbincang?
Ada pelbagai sebab kita susah untuk berbincang.
1.Keras hati dan degil kerana tidak mahu berunding.
2.Tidak mahu mengakui kesilapan dan kesalahan yang di lakukan.
3.Ego tinggi.Bagi sesetengah orang terasa jijik untuk berbincang dengan orang yang tidak sama taraf dengan nya.
4.Tidak pernah menyuarakan pun untuk berbincang.Ada pasangan yang tidak pernah berdiskusi untuk berbincang.
5.Tidak punya masa
6.Ada pengaruh orang luar agar mengelakkan dari berbincang.
7.Mungkin belum masa yang sesuai untuk berbincang.

Ini adalah antara faktor2 mengapa kita jarang berbincang.Dalam sesuatu perhubungan, dan dalam perkahwinan nanti, selalulah berbincang.

Kesan jika tidak berbincang:
1.Anda akan dilihat mementingkan diri sendiri.
2.Perhubungan anda bakal berhadapan dengan masalah yang pelbagai
3.Kebiasaannya perhubungan anda jarang aman, selalu betengkar, dan tidak sebahagia pasangan lain.
4.Selalu salah faham.
5.Tiada kegembiraan dan kebahagiaan.
6.Ego anda akan makin tinggi, dan sukar menerima teguran
7.Anda susah untuk mencapai komunikasi berkesan

Ini lah perkongsian saya untuk episod kali ini.

Sekian, terima kasih.

Penulis & jurutera elektrik

No comments:

Post a Comment