Wednesday, June 16, 2010

episode:19 (last episode for season 1)

 mari2 kite kongsi............hahahhaa..smua ilmu.kongsi....jgn simpan2...
Siapa yang paling MANIS senyumannya?
Orang yang paling manis senyumannya ialah orang yang apabila ditimpa musibah lalu dia berkata : " Inna lilLahi wainna illaihi rajiuun". Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi aku redha dengan etentuan-Mu ini", sambil mengukir senyuman

Siapa orang yang KAYA?
Orang yang kaya adalah orang yang besyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara

Siapa orang yang MISKIN?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta

Siapakah orang yang RUGI?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadah dan amal-amal kebaikan
Siapakah orang yang paling CANTIK?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling LUAS?
Orang yang mempunyai rumah paling luas adalah orang yang amti membawa amal-amal kebaikan di man kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang SEMPIT lagi dihimpit?
€Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang amti tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kubunya menghimpitnya

Siapakah orang yang mempunyai AKAL?
Orang yang mempunyai akal adlaah orang-orng yang menghuni Syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa Neraka

No comments:

Post a Comment