Sunday, January 16, 2011

Episode: 15 (SEason 3)

 utk org yg dh kweeeeeeeeeeen!!!!!!!!!!!!=p
Bila kita sudah lama berkahwin susah untuk memulakan sesuatu yang
dulunya lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala akibat dari
perpisahan yang lama atau sesuatu pertengkaran masing-masing malu untuk
melakukan gerakan pertama. Di bawah ini ada beberapa tips untuk menggoda
pasangan.  Harap-harap anda akan berjaya.



1. Cuit-cuit

Yang ini boleh dilakukan pada
bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibukdan kelihatan tertekan serta
tegang semasa sedang membuat kerja,cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara
ini boleh mengurangkan sedikit rasastresnya. Tapi sebelum cuit, tengok
dulu kerja apa yang sedangdibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda
gangu itu, okey ke tidak?Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena
gayanya, bukan untukmenambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke
muka. Bukankah nayanamanya.



2. Kenyit-kenyit.

Satu lagi, sekali sekala
kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada
yangtersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan
mata.Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik
sidia dengan cara ini. Respons dia juga tenu menggembirakan hati anda.

3. Ops, maaf terpegang.


Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang
kemudiansemasa dihulurkan barangan itu, ambil angannya, bukan ambil
barang itu.Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, ‘ops, maaf terpegang,
taksengaja’. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik
manjapada anda. Aduh, boleh cair jadinya.



4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.
Satu
lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu,pastikan
bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketikaitu anak
anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya. Sekali
sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikittetapi janganbesar
sangat. Bukalah cukup-cukup untuk
si dia melihat anda sepertimengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan
lebih menyeronokkandaripa da nampak banyak. Kemudian, buatlah macam
anda tak perasan pintutu tak berkunci. Barulah ada ‘ummphhh!’


5. Tersentuh tangan.
Kalau duduk sebelah
menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnyatersentuh. Lepas itu
minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mestiseronok menyakat si dia
dengan cara ini.




6. Urut mengurut.
Sekali sekala, apa kata kalau
anda urut-urut manja badan pasangan anda.Lakukanlah pada bila-bila masa
sahaja. Misalnya, ketika menontontelevisyen atau semasa berbual-bual. .


7. Usik melalui telefon.
Sekali sekala, apa kata jika anda
mengusik si dia dengan menelefonnyadan berpura-pura hendak bercakap
dengan seseorang. Anggaplah sepertiorang salah nombor.. Lepas itu,
usik-usiklah dia, biar dia marah. Bilasudah sampai ke kemuncak perbualan
dan si dia memang dah marah pada andaperkenalkan lah diri anda.. Tentu
menarik. Tetapi perlulah kena gaya danwaktu agar gurauan anda itu boleh
diterima. Silap gaya , anda puladimarahinya.



8. Suapkan makanan.
Bukan anak sahaja makan nak
kena suap.. Si dia pun sekali sekala nakjuga rasa makan bersuap.
Alahai, macam masa makan beradap ketikabersanding dulu. Jadi tunggu apa
lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.




9. Betul-betulkan rambut.
Kadang-kadang terlalu
sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri punkurang terurus. Jadi
pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut sidia terjurai sehingga
menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buatdengan lembut. Kemdian
hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah,romantiknya.



10. Jalan macam itik pulang petang.
Asyik
berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata,cuba
ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok.
Barulahterancam si dia memandang.




11. Nak masukkan gear…ops, terpegang tangan.
Walaupun
cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan.Nampak
macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apasalahnya kalu
terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanyadilakukan sewaktu
anda berdua sahaja berada di dalam kereta.



12. Ops… tuala terlepas
Jika si dia berada
dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepasmandi, ambillah
kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasahendak pakai
baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidakbiasa tetapi
tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda….



13. Jeling-jeling
Kalau tenung lama-lama nanti
oang marah. Dalam masa yang sama, merekatentu rasa tidak selesa. Untuk
tidak menyakit kan hati orang sebaliknyamenambat hati si dia, apa kata
anda jeling-jeling manja padanyaterutamanya ketika dia sedang asyik
membaca surat khabar
contohnya.Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya tentulah
beralih pulapada anda.

14. Gesel-gesel
Kalau berjalan di tempat sempit,
janganlah malu-malu untuk bergeseldengan si dia. Tak payahlah hendak
elak-elak. Lagi rapat lagi bagus.Barulah mesra namanya. Selain
meningkatkan kemesraan, cara ini jugaboleh dijadikan mukadimah untuk
hubungan seterusnya…



15. Cubit-cubit
Cubitan itu biarlah cubit-cubit
sayang. Janganlah pula melampau sampaimerah telinga kawan itu menahan
sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya.Elok- elok hendak bermesra, tup
tup bertukar jadi perang. Tak ke kes nayajadinya.



16. Hembusan lembut pada telinga.
Walaupun
nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika
dudukbersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya.
Pastihatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini,
balik kerumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda
terasadirinya lebih disayangi.




17. Ciuman di dahi
Yang ini, kalau diamalkan
pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah,mesranya pasangan tu. Jadi
tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlutunggu- tunggu lagi.


18. Sembur wangian pada bilik.
Bukankah kita
semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Olehitu pastikan
rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini,setiap kali
melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Biladah tenang,
mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.




19. Tolong betulkan baju
Waktu bersiap untuk ke
pejabat adalah antara masa yang paling sibuk..Tidak dinafikan saat itu
memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat.
Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri,ambil peluang saat sedang
sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkanpakai annya. Biar lagi
kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.



20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.
Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar sidia.

Selamat mencuba!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment